Resepi Kuah Mee Rebus Daging Kambing:
Setengah kg ubi keledek merah (rebus dan kisarkan)
Satu tin sup tomato
Setengah botol sos cili
1 paket cili boh (Secukup rasa, buat penggemar pedas boleh letak lebih)
300g daging kambing yang dipotong kecil dan direbus (Boleh hubungi UMM BARAQAH RESOURCES untuk kambing dan lembu hidup dan sembelih bagi aqiqah dan qurban. Khidmat kambing golek juga disediakan)
300g udang basah
100g bawang besar yang telah dimesin
Sedikit Minyak masak
Sup Tomato Dalam TIn. Pastikan halal Jakim |
Keledek Merah |
Telur Rebus
Tauhu Goreng
Daun Bawang
Bawang Goreng
Cili merah yang dihiris
Cara Penyediaan Mee Rebus :
- Panaskan minyak dalam periuk
- Tumiskan cili boh dan bawang sehingga wangi
- Masukkan sup tomato dan sos cili
- Masukkan udang bersama daging kambing bersama air rebusan
- Masukkan ubi keledek yang dikisar
- Tambahkan kuantit air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki. Selepas itu garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih dan siap untuk dihidang.