JAMIN MASA DEPAN ANAK ANDA

TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Monday, December 7, 2015

Resepi Mee Rebus Utara Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Buat penggemar sajian utara mari mencuba Resepi Mee Rebus Utara Daging Kambing. Hidangkan sekali dengan air limau panas untuk cairkan minyak dan lemak dari sup.

Mee rebus Kambing



Resepi Kuah Mee Rebus Daging Kambing:

Setengah kg ubi keledek merah (rebus dan kisarkan)
Satu tin sup tomato
Setengah botol sos cili
1 paket cili boh (Secukup rasa, buat penggemar pedas boleh letak lebih)
300g daging kambing yang dipotong kecil dan direbus (Boleh hubungi UMM BARAQAH RESOURCES untuk kambing dan lembu hidup dan sembelih bagi aqiqah dan qurban. Khidmat kambing golek juga disediakan)
300g udang basah
100g bawang besar yang telah dimesin
Sedikit Minyak masak


Sup Tomato Dalam Tin
Sup Tomato Dalam TIn. Pastikan halal Jakim
Keledek Merah
Keledek Merah
Mee Kuning dan taugeh dicelur dengan air panas (untuk membersihkan)
Telur Rebus
Tauhu Goreng
Daun Bawang
Bawang Goreng
Cili merah yang dihiris


Cara Penyediaan Mee Rebus :

  • Panaskan minyak dalam periuk
  • Tumiskan cili boh dan bawang sehingga wangi
  • Masukkan sup tomato dan sos cili
  • Masukkan udang bersama daging kambing bersama air rebusan
  • Masukkan ubi keledek yang dikisar
  • Tambahkan kuantit air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki. Selepas itu garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih dan siap untuk dihidang. 
Selamat mencuba hidangan Resepi Mee Rebus Daging Kambing. Hidangkan semasa panas.

Wednesday, August 8, 2012

Resepi Kambing Lasagna

Assalamu'alaikum Wrmbth, hari ini mari kita cuba resepi kambing lasagna. Makanan barat ni semakin mendapat tempat di kalangan masayarakat malaysia. Tetapi tahukah anda, sebenarnya hidangan daging hancur berkuah ini merupakan salah satu makanan yang dianjurkan sunnah (Sumber: Rancangan Fattabiouni TV Alhijrah)
Nyum2, resepi kambing lasagna yang sedap
Bahan-Bahan Kambing masak Lasagna:

1 kotak Lapisan Lasagna Segera

Keju Mozarela  (Jenis parutan aka shredded)



Sos Daging Kambing:

100g bungkus daging kambing kisar


1 biji bawang besar (dipotong dadu) 
1 sudu besar cili boh 

5 ulas bawang putih (dicincang)
1 tin cendawan butang (dipotong dadu)


2 sudu besar puri tomato 

1 botol sos spaghetti PREGO atau KIMBAL(kalau pandai buat sendiri lagi bagus)

Lada hitam & oregano secukup rasa

garam & gula secukup rasa



Cara memasak Resepi kambing lasagna :

  1. Minyak masak dipanaskan dan masukkan bawang putih dan bawang besar. 
  2. Goreng sehingga naik bau dan kelihatan layu. Kemudian, masukkan cili boh & tumis sehingga kering. 
  3. Selepas itu, daging cincang dimasukkan dan tunggu sampai empuk.
  4. Masukkan sos spaghetti, puri tomato ,  serbuk lada hitam, herba oregano, gula dan garam. 
  5. Cendawan butang dimasukkan dan tunggu sehingga sedikit kering  (Lembapan daripada sos lasagna diperlukan untuk melembutkan kepingan lasagna semasa pembakaran didalam ketuhar.)



Cara Penyediaan Sos Putih/keju:

2 s/b Mentega

2 s/b tepung gandum

500ml susu penuh krim

2 s/b keju mozarela

Lada sulah & garam(secukup rasa)



Cara Penyediaan Resepi Lasagna Kambing:

  1. Nyalakan api perlahan, kemudian masukkan mentega ke dalam periuk dan tunggu sehingga cair.
  2. Ambil tepung dan masukkan kedalam periuk. Kacau sampai sebati dan tutup api. Campurkan susu dan gaul hingga sebati.Masukkan bahan-bahan berikut keju, lada sulah dan garam. 
  3. Selepas itu nyalakan api sederhana dan kacau hingga menjadi likat. (Sos akan menyejat apabila disejukkan dan akan menjadi lebih likat. Jadi pastikan sos tidak terlalu pekat sebelum api dipadamkan).



Kaedah Meyusun lapisan Lasagna:

  1.  Rendamkan lasagna segera kedalam air suam supaya lebut dan mudah disusun dan buat lapisan pertama lasagna didalam bekas.
  2. Tuangkan sedikit sos daging kambing dan buat lapisan diatas kepingan lasagna
  3. Tuang pula sos keju atas lapisan sos daging pertama tadi dan masukkan hirisin keju mozarella.
  4. Ulang kaedah 1-4 sehingga habis dan letakkan keju lebih pada permukaan atas sehingga penuh. Bakar didalam ketuhar sehingga keju cair dan sedia untuk dihidang

Sunday, August 5, 2012

Resepi Kambing Masak Merah Ala Thai

Assalamu'alaikum Wrmbth,
Mari cuba Resepi Kambing Masak Merah Ala Thai untuk juadah berbuka puasa buat seisi keluarga. 
Pedas, masam dan sedap.. Nyum2
 
Bahan-bahan untuk masakan ini:
0.5 kg Daging kambing  - potong nipis dan rebus bersama pewarna merah (bagi tujuan kosmetik je..)
3 biji bawang putih -potong kecil
2 camca besar cili kering - dikisar
1 biji bawang besar - potong bulat
12 biji cili api - Potong kecil
2 camca besar sos tomato
Bagi Resepi kambing masak merah ala thai penuh.. KLIK DISINI

Tuesday, February 7, 2012

Resepi Kek Marble Susu Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Susu Kambing segar juga boleh digunakan untuk Resepi kek. Malah susu kambing lebih berkhasiat daripada susu lembu.



Kek Marble
Resepi Klasik Kek Marble diberi nafas baru

Bahan-Bahan Resepi Kek Marble
250 g mentega
2 camca besar susu kambing segar
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
1 camca teh coklat emulco

Sunday, January 29, 2012

Resepi Kambing Pizza

Assalamu'alaikumWrmbth,


Sekali sekala, mari mencuba resepi baru untuk hidangan anak-anak dan suami.Resepi Pizza Daging Kambing yang disajikan dirumah oleh tangan yang membaca bismillah lebih baik daripada makan diluar. Selain memupuk kasih sayang antara ahli keluarga, anda juga dapat mengasah bakat memasak malah berjimat. Cubalah..

resepi pizza
Bahan-bahan Inti (Topping):

2 sudu makan minyak zaitun
8 ounce daging kambing cincang / kisar
1 labu bawang besar, cincang
1 genggam daun parsley siap cincang
>>Baca Resepi Penuh Pizza Daging Kambing

Monday, January 23, 2012

Resepi Kambing Berempah

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Antara sebab utama penjajah eropah menjajah tanah melayu adalah kerana pada masa tersebut kita adalah pusat pengumpulan rempah dan hasil bumi yang lain. Hari ini, rempah boleh didapati dimerata tempat. Resepi hari ini juga berkaitan rempah iaitu resepi kambing berempah. Selamat mencuba resepi baru ini.
resepi kambing berempah
Rempah ratus digunakan untuk memberi rasa dan aroma istimewa

Bahan-Bahan Kambing Berempah:
600g daging kambing (dihiris nipis)
2 camca bsar rempah kari
1 camca bsar cili giling
2 camca bsar mayonis
3 camca bsar sos cili
2 camca bsar sos tiram
2 camca bsar sos tomato >>Baca Resepi Penuh Kambing Berempah

Sunday, January 15, 2012

Resepi Kambing Sup Tulang

Assalamualaikum Wrmbth,

Sup sesuai diminum sebagai sajian bagi mereka yang sedang demam selesema untuk memanaskan badan. Sup tulang kambing dan lembu daripada ibdat korban dan aqiqah memang sesuai disajikan kepada tetamu kita. Mari kita belajar Resepi Sup Kambing

Resepi Sup Tulang
Sup Kambing yang panas berasap. Campurkan sedikit limau nipis untuk mencairkan lemak

Bahan-bahannya:
750 gm rusuk kambing
2 labu bawang besar, di potong halus
3 ulas bawang putih, dikisar
2 cili hijau, dipotong
2 inci halia ditumbuk

SEDEKAH JARIAH KE RUMAH ANAK YATIM

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP