JAMIN MASA DEPAN ANAK ANDA

TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Monday, December 7, 2015

Resepi Mee Rebus Utara Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Buat penggemar sajian utara mari mencuba Resepi Mee Rebus Utara Daging Kambing. Hidangkan sekali dengan air limau panas untuk cairkan minyak dan lemak dari sup.

Mee rebus Kambing



Resepi Kuah Mee Rebus Daging Kambing:

Setengah kg ubi keledek merah (rebus dan kisarkan)
Satu tin sup tomato
Setengah botol sos cili
1 paket cili boh (Secukup rasa, buat penggemar pedas boleh letak lebih)
300g daging kambing yang dipotong kecil dan direbus (Boleh hubungi UMM BARAQAH RESOURCES untuk kambing dan lembu hidup dan sembelih bagi aqiqah dan qurban. Khidmat kambing golek juga disediakan)
300g udang basah
100g bawang besar yang telah dimesin
Sedikit Minyak masak


Sup Tomato Dalam Tin
Sup Tomato Dalam TIn. Pastikan halal Jakim
Keledek Merah
Keledek Merah
Mee Kuning dan taugeh dicelur dengan air panas (untuk membersihkan)
Telur Rebus
Tauhu Goreng
Daun Bawang
Bawang Goreng
Cili merah yang dihiris


Cara Penyediaan Mee Rebus :

  • Panaskan minyak dalam periuk
  • Tumiskan cili boh dan bawang sehingga wangi
  • Masukkan sup tomato dan sos cili
  • Masukkan udang bersama daging kambing bersama air rebusan
  • Masukkan ubi keledek yang dikisar
  • Tambahkan kuantit air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki. Selepas itu garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih dan siap untuk dihidang. 
Selamat mencuba hidangan Resepi Mee Rebus Daging Kambing. Hidangkan semasa panas.

1 comment:

SEDEKAH JARIAH KE RUMAH ANAK YATIM

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP