JAMIN MASA DEPAN ANAK ANDA

TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Wednesday, August 8, 2012

Resepi Kambing Lasagna

Assalamu'alaikum Wrmbth, hari ini mari kita cuba resepi kambing lasagna. Makanan barat ni semakin mendapat tempat di kalangan masayarakat malaysia. Tetapi tahukah anda, sebenarnya hidangan daging hancur berkuah ini merupakan salah satu makanan yang dianjurkan sunnah (Sumber: Rancangan Fattabiouni TV Alhijrah)
Nyum2, resepi kambing lasagna yang sedap
Bahan-Bahan Kambing masak Lasagna:

1 kotak Lapisan Lasagna Segera

Keju Mozarela  (Jenis parutan aka shredded)



Sos Daging Kambing:

100g bungkus daging kambing kisar


1 biji bawang besar (dipotong dadu) 
1 sudu besar cili boh 

5 ulas bawang putih (dicincang)
1 tin cendawan butang (dipotong dadu)


2 sudu besar puri tomato 

1 botol sos spaghetti PREGO atau KIMBAL(kalau pandai buat sendiri lagi bagus)

Lada hitam & oregano secukup rasa

garam & gula secukup rasa



Cara memasak Resepi kambing lasagna :

  1. Minyak masak dipanaskan dan masukkan bawang putih dan bawang besar. 
  2. Goreng sehingga naik bau dan kelihatan layu. Kemudian, masukkan cili boh & tumis sehingga kering. 
  3. Selepas itu, daging cincang dimasukkan dan tunggu sampai empuk.
  4. Masukkan sos spaghetti, puri tomato ,  serbuk lada hitam, herba oregano, gula dan garam. 
  5. Cendawan butang dimasukkan dan tunggu sehingga sedikit kering  (Lembapan daripada sos lasagna diperlukan untuk melembutkan kepingan lasagna semasa pembakaran didalam ketuhar.)



Cara Penyediaan Sos Putih/keju:

2 s/b Mentega

2 s/b tepung gandum

500ml susu penuh krim

2 s/b keju mozarela

Lada sulah & garam(secukup rasa)



Cara Penyediaan Resepi Lasagna Kambing:

  1. Nyalakan api perlahan, kemudian masukkan mentega ke dalam periuk dan tunggu sehingga cair.
  2. Ambil tepung dan masukkan kedalam periuk. Kacau sampai sebati dan tutup api. Campurkan susu dan gaul hingga sebati.Masukkan bahan-bahan berikut keju, lada sulah dan garam. 
  3. Selepas itu nyalakan api sederhana dan kacau hingga menjadi likat. (Sos akan menyejat apabila disejukkan dan akan menjadi lebih likat. Jadi pastikan sos tidak terlalu pekat sebelum api dipadamkan).



Kaedah Meyusun lapisan Lasagna:

  1.  Rendamkan lasagna segera kedalam air suam supaya lebut dan mudah disusun dan buat lapisan pertama lasagna didalam bekas.
  2. Tuangkan sedikit sos daging kambing dan buat lapisan diatas kepingan lasagna
  3. Tuang pula sos keju atas lapisan sos daging pertama tadi dan masukkan hirisin keju mozarella.
  4. Ulang kaedah 1-4 sehingga habis dan letakkan keju lebih pada permukaan atas sehingga penuh. Bakar didalam ketuhar sehingga keju cair dan sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment

SEDEKAH JARIAH KE RUMAH ANAK YATIM

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP