JAMIN MASA DEPAN ANAK ANDA

TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Saturday, December 31, 2011

RESEPI DAGING KAMBING KICAP BEREMPAH

RESEPI DAGING KAMBING KICAP BEREMPAH
 Sumber: Rozzan Shared Recipes
  

Bahan-bahannya:

    * 1 kg daging lembu/kambing (potong ikut suka)
      (Rebus hingga 3/4 empuk. Biar lebihkan airnya utk digunakan nanti)
    * 12 tangkai cili kering (rendam)
    * 3 sudu teh lada hitam
    * 2 sudu teh jintan halus
    * 1 sudu teh jintan kasar
    * 2 biji pelaga (gunakan isinya saja)
    * 2 biji bawang besar
    * 5 ulas bawang putih
    * 1 inci halia
    * 1/2 biji buah pala
    * Kisar semua bahan di atas hingga halus)

    * 2 biji bawang besar (potong gegelang (rings) dan goreng sebentar)
    * 6 sudu besar sos tomato
    * 5-6 sudu besar kicap lemak manis
    * 3 biji kentang (dipotong wedges)
    * 3 biji tomato buah (setiap biji potong 2 atau 4)
    * 1 btg lobak merah (dipotong kecil2)
    * 3 sudu besar bawang goreng (optional)
    * sedikit daun ketumbar
    * secubit garam,
    * sedikit gula
    * minyak utk menumis

    Cara membuat:

   1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
   2. Masukkan daging bersama air rebusannya, lobak merah, sos tomato, kicap manis, garam dan gula. Sesuaikan rasanya.
      Bila daging sudah empuk, masukkan bawang goreng, gegelang bawang & kentang wedges dan kacau sebentar.
   3. Akhir sekali masukkan tomato buah dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan kemudian matikan api. Hidangkan dgn nasi atau roti.

Tuesday, December 27, 2011

Resepi Semur Daging Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Saya jumpa resepi Semur Daging (Slices Of Beef In Soya Sauce) iaitu masakan tradisi indonesia. Apa kata kita gantikan daging lembu tersebut dengan daging kambing untuk lebih menyihatkan keluarga. Maka jadilah ia resepi Semur Daging Kambing. Terima kasih kepada pihak yang berkongsi resepi ini.

Resepi Semur Daging Kambing

Ingredients

1 lb. beef roast, thinly sliced
2 shallots, sliced
1 clove garlic, finely chopped
2 Tb. kecap manis (sweet soy sauce)
2 Tb. butter
2 hard-boiled eggs, halved
2 potatos, thinly sliced
2 tomatos, peeled and chopped
4 scallions, chopped
Salt and pepper to taste
Pinch of nutmeg
Thinly sliced fried onion

Steps

Fry shallots and garlic in butter until lightly browned. Add meat and potato slices, and saute briefly. Add the tomato, soy sauce, salt, pepper, and nutmeg. Mix well.
Cover and cook for 5 minutes. Add eggs and cook for 5 minutes more. Add scallions just prior to serving and garnish with fried onions. Serve with white rice.

Glossary

Shallot = bawang merah kecil
Garlic = bawang putih
Scallion = daun bawang
Nutmeg = buah pala
Saute = tumis
Garnish = hias

Sumber diolah daripada http://resepi.iluvislam.com/v1/articles.php?article_id=407

Resepi Kambing Masak Minang

Assalamu'alaikum Wrmbth, Mari membudayakan pemakanan daging kambing bagi masyarakat malaysia. Bermula dengan hidangan Resepi Kambing Masak Minang ini. Selamat mencuba

Resepi Kambing Minang

Bahan-bahan Resepi Kambing Masak Minang:

1 1/2 kg daging kambing - dipotong ikut suka
3 sudu besar kerisik - pastikan kerisik tu bila masak hitam sedikit, jgn pulak sampai hangit
2 btg serai ditindik
Cili kering (dikisar tetapi diasingkan daripada bahan kisar yang lain)
2 helai daun kunyit dihiris
1 biji kelapa diambil santannya
Sedikir serbuk penambah perasa (ajinomoto, maggi cukup rasa dan lain-lain)
garam secukup rasa

Bahan-bahan (dikisar) :

1 biji bawang besar
10 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
3 batang serai
Lengkuas (pastikan pilih lengkuas yang tua dan keras supaya baunya sedap)
1 inci kunyit
Cili padi ( ikut cita rasa)

Cara masakan :

01.Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar, cili kering kisar yang telah diasingkan dan daun kunyit.

02.Bila sudah naik bau, masukkan daging kambing dan tunggu sehingga air daging kambing tersebut kering. Setelah itu masukkan santan.

03.Masukkan serai tindik, garam, dan serbuk penambah perasa.

04.Bila kuah rendang kelihatan sudah pekat dan daging kambing sudah lembut, masukkan kerisik (ketika masukkan kerisik api mestilah sederhana kuat sahaja).

Selamat mencuba resipi ini ketika berbuka. Anda juga digalakkan memberikan review mengenai resipi ini setelah mencuba membuatnya.

Ubah suai sedikit daripada http://www.iluvislam.com/keluarga/resepi/3354-rendang-daging-minang.html

Monday, December 26, 2011

Resepi Penkek Susu Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth,



Mari cuba resepi barat untuk sarapan hari ini, Resepi Penkek Susu Kambing

resepi penkek
Penkek boleh dimakan dengan madu selain daripada sirap mapel

Bahan-Bahan untuk Resepi Penkek Susu Kambing:

200 ml Susu Kambing segar
125g mentega
60g gula kastor
4 biji telur
250g tepung naik sendiri
1 sudu kecil serbuk penaik >>Baca Resepi Penuh Penkek Susu Kambing

Thursday, December 15, 2011

RESEPI KAMBING GORENG

Assalamu'alaikum Wrmbth,

RESEPI KAMBING GORENG (PEDASS)

Pernah makan daging kambing goreng sebelum ini? Cuba resepi ini (Cuba gantikan minyak menggoreng dengan minyak zaitun supaya lebih sihat)

resepi kambing goreng
Daging Kambing yang sedia digoreng untuk dihidang
Bahan-Bahan Kambing Goreng:
Daging Kambing - 1kg - dipotong kecil (dadu)
Secupit serbuk kunjit
Serbuk Chilli Babas - 1 sudu besar
Serbuk kari Ikan Babas - 3 sudu besar >>Baca Resepi Penuh Kambing Goreng

Wednesday, December 7, 2011

Resepi Kambing Sup Cendawan

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Sukakan sup cendawan di Pizza Hut? Disini saya sediakan alternatif Resepi Sup Cendawan Susu Kambing yang bebas dari MSG atau Ajinomoto. Selamat mencuba

resepi sup cendawan
Sup Cendawan menggunakan susu kambing sebagai ganti susu lembu
Bahan-bahan bagi resepi sup cendawan ini:
Susu kambing segar 150 ml
Bawang putih
Bawah merah
Cendawan dipotong dadu >>Baca Resepi Sup Cendawan menggunakan susu kambing

Tuesday, December 6, 2011

Resepi Sos Spagetti Daging Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, resepi sihat yang boleh diamalkan adalah dengan memakan spagetti kerana bahan utama sos spagetti adalah tomato iaitu antioksidan yang baik. Bagi menyihatkan lagi hidangan ini, gantikan daging lembu dengan daging kambing. Mari cuba resepi sos spagetti daging kambing untuk hidangan keluarga. Slurrpp..
Sos Spagetti Daging Kambing


Bahan-bahan Resepi Sos Spagetti Daging Kambing
250gm Daging kambing cincang
1 labu besar Bawang merah dikisar atau dipotong dadu
1 tin Cendawan 

5 ulas Bawang putih ditumbuk
5 biji Tomato di potong dadu
Sos Tomato/Cili secukup rasa
1 sudu kecil Lada hitamditumbukhancur
Secubit herba Oregano
1-2 helai Basil
Garam secukup rasa
Inilah dia herba oregano boleh didapati di pasaraya dengan banyaknya
Daun Basil untuk sos spagetti
Cendawan butang dalam tin. Pastikan halal


Cara-cara Penyediaan Sos Spagetti Daging Kambing
  1. Tumiskan bawang putih dan lada hitam dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan bawang besar (yang telah kisar). Tumis sehingga wangi. 
  3. Masukkan daging dan masak sehingga bertukar warna dan masukkan tomato. 
  4. Masak sehingga sedikit kering. Tambahkan sos, cendawan tin, herbaoregano dan daun basil. Tambahkan garam dan rasa.
 Begitulah resepi sos spagetti daging kambing untuk rujukan tuan puan sekalian. Jika mahu bekalan daging kambing, boleh hubungi kami di UMM BARAQAH RESOURCES 0173047278 atau 0192653791

SEDEKAH JARIAH KE RUMAH ANAK YATIM

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP