JAMIN MASA DEPAN ANAK ANDA

TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Tuesday, December 6, 2011

Resepi Sos Spagetti Daging Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, resepi sihat yang boleh diamalkan adalah dengan memakan spagetti kerana bahan utama sos spagetti adalah tomato iaitu antioksidan yang baik. Bagi menyihatkan lagi hidangan ini, gantikan daging lembu dengan daging kambing. Mari cuba resepi sos spagetti daging kambing untuk hidangan keluarga. Slurrpp..
Sos Spagetti Daging Kambing


Bahan-bahan Resepi Sos Spagetti Daging Kambing
250gm Daging kambing cincang
1 labu besar Bawang merah dikisar atau dipotong dadu
1 tin Cendawan 

5 ulas Bawang putih ditumbuk
5 biji Tomato di potong dadu
Sos Tomato/Cili secukup rasa
1 sudu kecil Lada hitamditumbukhancur
Secubit herba Oregano
1-2 helai Basil
Garam secukup rasa
Inilah dia herba oregano boleh didapati di pasaraya dengan banyaknya
Daun Basil untuk sos spagetti
Cendawan butang dalam tin. Pastikan halal


Cara-cara Penyediaan Sos Spagetti Daging Kambing
  1. Tumiskan bawang putih dan lada hitam dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan bawang besar (yang telah kisar). Tumis sehingga wangi. 
  3. Masukkan daging dan masak sehingga bertukar warna dan masukkan tomato. 
  4. Masak sehingga sedikit kering. Tambahkan sos, cendawan tin, herbaoregano dan daun basil. Tambahkan garam dan rasa.
 Begitulah resepi sos spagetti daging kambing untuk rujukan tuan puan sekalian. Jika mahu bekalan daging kambing, boleh hubungi kami di UMM BARAQAH RESOURCES 0173047278 atau 0192653791

No comments:

Post a Comment

SEDEKAH JARIAH KE RUMAH ANAK YATIM

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP