JAMIN MASA DEPAN ANAK ANDA

TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Saturday, December 31, 2011

RESEPI DAGING KAMBING KICAP BEREMPAH

RESEPI DAGING KAMBING KICAP BEREMPAH
 Sumber: Rozzan Shared Recipes
  

Bahan-bahannya:

    * 1 kg daging lembu/kambing (potong ikut suka)
      (Rebus hingga 3/4 empuk. Biar lebihkan airnya utk digunakan nanti)
    * 12 tangkai cili kering (rendam)
    * 3 sudu teh lada hitam
    * 2 sudu teh jintan halus
    * 1 sudu teh jintan kasar
    * 2 biji pelaga (gunakan isinya saja)
    * 2 biji bawang besar
    * 5 ulas bawang putih
    * 1 inci halia
    * 1/2 biji buah pala
    * Kisar semua bahan di atas hingga halus)

    * 2 biji bawang besar (potong gegelang (rings) dan goreng sebentar)
    * 6 sudu besar sos tomato
    * 5-6 sudu besar kicap lemak manis
    * 3 biji kentang (dipotong wedges)
    * 3 biji tomato buah (setiap biji potong 2 atau 4)
    * 1 btg lobak merah (dipotong kecil2)
    * 3 sudu besar bawang goreng (optional)
    * sedikit daun ketumbar
    * secubit garam,
    * sedikit gula
    * minyak utk menumis

    Cara membuat:

   1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
   2. Masukkan daging bersama air rebusannya, lobak merah, sos tomato, kicap manis, garam dan gula. Sesuaikan rasanya.
      Bila daging sudah empuk, masukkan bawang goreng, gegelang bawang & kentang wedges dan kacau sebentar.
   3. Akhir sekali masukkan tomato buah dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan kemudian matikan api. Hidangkan dgn nasi atau roti.

Tuesday, December 27, 2011

Resepi Semur Daging Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Saya jumpa resepi Semur Daging (Slices Of Beef In Soya Sauce) iaitu masakan tradisi indonesia. Apa kata kita gantikan daging lembu tersebut dengan daging kambing untuk lebih menyihatkan keluarga. Maka jadilah ia resepi Semur Daging Kambing. Terima kasih kepada pihak yang berkongsi resepi ini.

Resepi Semur Daging Kambing

Ingredients

1 lb. beef roast, thinly sliced
2 shallots, sliced
1 clove garlic, finely chopped
2 Tb. kecap manis (sweet soy sauce)
2 Tb. butter
2 hard-boiled eggs, halved
2 potatos, thinly sliced
2 tomatos, peeled and chopped
4 scallions, chopped
Salt and pepper to taste
Pinch of nutmeg
Thinly sliced fried onion

Steps

Fry shallots and garlic in butter until lightly browned. Add meat and potato slices, and saute briefly. Add the tomato, soy sauce, salt, pepper, and nutmeg. Mix well.
Cover and cook for 5 minutes. Add eggs and cook for 5 minutes more. Add scallions just prior to serving and garnish with fried onions. Serve with white rice.

Glossary

Shallot = bawang merah kecil
Garlic = bawang putih
Scallion = daun bawang
Nutmeg = buah pala
Saute = tumis
Garnish = hias

Sumber diolah daripada http://resepi.iluvislam.com/v1/articles.php?article_id=407

Resepi Kambing Masak Minang

Assalamu'alaikum Wrmbth, Mari membudayakan pemakanan daging kambing bagi masyarakat malaysia. Bermula dengan hidangan Resepi Kambing Masak Minang ini. Selamat mencuba

Resepi Kambing Minang

Bahan-bahan Resepi Kambing Masak Minang:

1 1/2 kg daging kambing - dipotong ikut suka
3 sudu besar kerisik - pastikan kerisik tu bila masak hitam sedikit, jgn pulak sampai hangit
2 btg serai ditindik
Cili kering (dikisar tetapi diasingkan daripada bahan kisar yang lain)
2 helai daun kunyit dihiris
1 biji kelapa diambil santannya
Sedikir serbuk penambah perasa (ajinomoto, maggi cukup rasa dan lain-lain)
garam secukup rasa

Bahan-bahan (dikisar) :

1 biji bawang besar
10 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
3 batang serai
Lengkuas (pastikan pilih lengkuas yang tua dan keras supaya baunya sedap)
1 inci kunyit
Cili padi ( ikut cita rasa)

Cara masakan :

01.Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar, cili kering kisar yang telah diasingkan dan daun kunyit.

02.Bila sudah naik bau, masukkan daging kambing dan tunggu sehingga air daging kambing tersebut kering. Setelah itu masukkan santan.

03.Masukkan serai tindik, garam, dan serbuk penambah perasa.

04.Bila kuah rendang kelihatan sudah pekat dan daging kambing sudah lembut, masukkan kerisik (ketika masukkan kerisik api mestilah sederhana kuat sahaja).

Selamat mencuba resipi ini ketika berbuka. Anda juga digalakkan memberikan review mengenai resipi ini setelah mencuba membuatnya.

Ubah suai sedikit daripada http://www.iluvislam.com/keluarga/resepi/3354-rendang-daging-minang.html

Monday, December 26, 2011

Resepi Penkek Susu Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth,



Mari cuba resepi barat untuk sarapan hari ini, Resepi Penkek Susu Kambing

resepi penkek
Penkek boleh dimakan dengan madu selain daripada sirap mapel

Bahan-Bahan untuk Resepi Penkek Susu Kambing:

200 ml Susu Kambing segar
125g mentega
60g gula kastor
4 biji telur
250g tepung naik sendiri
1 sudu kecil serbuk penaik >>Baca Resepi Penuh Penkek Susu Kambing

Thursday, December 15, 2011

RESEPI KAMBING GORENG

Assalamu'alaikum Wrmbth,

RESEPI KAMBING GORENG (PEDASS)

Pernah makan daging kambing goreng sebelum ini? Cuba resepi ini (Cuba gantikan minyak menggoreng dengan minyak zaitun supaya lebih sihat)

resepi kambing goreng
Daging Kambing yang sedia digoreng untuk dihidang
Bahan-Bahan Kambing Goreng:
Daging Kambing - 1kg - dipotong kecil (dadu)
Secupit serbuk kunjit
Serbuk Chilli Babas - 1 sudu besar
Serbuk kari Ikan Babas - 3 sudu besar >>Baca Resepi Penuh Kambing Goreng

Wednesday, December 7, 2011

Resepi Kambing Sup Cendawan

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Sukakan sup cendawan di Pizza Hut? Disini saya sediakan alternatif Resepi Sup Cendawan Susu Kambing yang bebas dari MSG atau Ajinomoto. Selamat mencuba

resepi sup cendawan
Sup Cendawan menggunakan susu kambing sebagai ganti susu lembu
Bahan-bahan bagi resepi sup cendawan ini:
Susu kambing segar 150 ml
Bawang putih
Bawah merah
Cendawan dipotong dadu >>Baca Resepi Sup Cendawan menggunakan susu kambing

Tuesday, December 6, 2011

Resepi Sos Spagetti Daging Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, resepi sihat yang boleh diamalkan adalah dengan memakan spagetti kerana bahan utama sos spagetti adalah tomato iaitu antioksidan yang baik. Bagi menyihatkan lagi hidangan ini, gantikan daging lembu dengan daging kambing. Mari cuba resepi sos spagetti daging kambing untuk hidangan keluarga. Slurrpp..
Sos Spagetti Daging Kambing


Bahan-bahan Resepi Sos Spagetti Daging Kambing
250gm Daging kambing cincang
1 labu besar Bawang merah dikisar atau dipotong dadu
1 tin Cendawan 

5 ulas Bawang putih ditumbuk
5 biji Tomato di potong dadu
Sos Tomato/Cili secukup rasa
1 sudu kecil Lada hitamditumbukhancur
Secubit herba Oregano
1-2 helai Basil
Garam secukup rasa
Inilah dia herba oregano boleh didapati di pasaraya dengan banyaknya
Daun Basil untuk sos spagetti
Cendawan butang dalam tin. Pastikan halal


Cara-cara Penyediaan Sos Spagetti Daging Kambing
  1. Tumiskan bawang putih dan lada hitam dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan bawang besar (yang telah kisar). Tumis sehingga wangi. 
  3. Masukkan daging dan masak sehingga bertukar warna dan masukkan tomato. 
  4. Masak sehingga sedikit kering. Tambahkan sos, cendawan tin, herbaoregano dan daun basil. Tambahkan garam dan rasa.
 Begitulah resepi sos spagetti daging kambing untuk rujukan tuan puan sekalian. Jika mahu bekalan daging kambing, boleh hubungi kami di UMM BARAQAH RESOURCES 0173047278 atau 0192653791

Wednesday, November 30, 2011

Resepi Kambing Susu Goncang

Assalamualaikum Wrmbth,

Anak anda tidak suka minum susu? Cuba resepi susu kambing kocak ini

resepi susu goncang
Lazat dan berkhasiat untuk seisi keluarga

Bahan-Bahan untuk Susu Kocak:
2 gelas susu kambing / lembu sejuk
2 hirisan limau nipis / lemon (untuk hiasan)
2 camca besar aiskrim perasa vanila >>Baca Resepi Penuh Susu Kambing Kocak

Wednesday, November 23, 2011

Resepi Kambing Asam Pedas Tulang

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Resepi berasal dari Negeri Sembilan dan Melaka, Slurp3.. Asam Pedas Tulang Kambing yang pedas menyengat. Tulang dari Hari raya Haji 2011 pun masih ada kan
Resepi Asam Pedas Tulang Kambing
Resepi asam pedas 
BAHAN A:
1kg tulang lembu / kambing

BAHAN B:
cili kering 13 tangkai(Mengikut selera)
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah
1 inci halia
Belacan secukup rasa >> Baca Menu Penuh Disini

Friday, November 18, 2011

Resepi Kambing BlackPepper

Assalamu'alaikum Wrmbth. Resepi Kambing Blackpepper untuk rujukan anda. Sesuai untuk hidangan makan malam bersama keluarga dan sudah tentu sebagai lauk kenduri.

Resepi Kambing Black Pepper
Hmm.. Menggamit selera penggemar daging kambing

Berikut adalah Bahan-bahan Kambing Blackpepper:
500 gm daging kambing dipotong kecil
2 cb kicap pekat
2 cb tepung jagung dibancuh
1 cwn air
2 cb lada hitam di tumbuk
3 cb minyak menumis
garam (Bergantung pada anda) >> Baca penuh Resepi Kambing Blackpepper


Hidangkan resepi kambing blackpepper semasa panas. Memang lazat. 

Resepi Barbeque Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Resepi barbeque kambing dan lembu ini sebagai alternatif kepada penggemar kambing golek. Mengapa tidak cuba sendiri memasak resepi barbeque ini dirumah semasa majlis himpunan keluarga kerana ia mengeratkan hubungan silaturahim.

Resepi Barbeque

Resepi Barbeque Kambing

Bahan-bahan:

2 kg kambing (Bahu biri-biri ataupun kambing)
60 gm serbuk ketumbar
40 gm serbuk jintan putih >>Baca Resepi Barbeque Kambing Penuh

Cubalah resepi Barbeque ini dirumah. Air tangan anda adalah makan terbaik untuk keluarga

Tuesday, November 15, 2011

Resepi Kambing Kerisik Daging

Assalamu'alaikum Wrmbth

Ketupat dan rendang dimakan bersama serunding daging kambing dan lembu. Mashaallah sedapnya. Hari raya haji pun baru berlalu dan simpanan daging korban lembu dan kambing harus disimpan dengan baik supaya tahan lama. Jauhkan daging tersebut dari air dan insyaallah akan tahan lebih lama. Disini juga saya kongsikan Resepi kambing kerisik daging supaya daging anda tahan lebih lama (sehingga 4 bulan jika betul caranya).

Kerisik daging yang boleh disimpan lama
Bahan-bahan Kerisik Daging
2 kg Daging Kambing (Batang Pinang) Direbus Empuk
2 Bawang Merah Besar
400 grm Cili Kering
5 ulas Bawang Putih >>Baca Resepi Penuh Disini

RESEPI KENTANG PUTAR

Assalamualaikum Wrmbth,

Kali ini Resepi kentang putar / Mash potatoes berasaskan susu kambing dikongsi bersama
KENTANG PUTAR SUSU KAMBING

Contoh kentang putar yang telah siap

BAHAN-BAHANnya

2-3 camca besar susu kambing segar
1 camca besar mentega
300 pergi kentang (Russet/berkulit merah)
garam & serbuk lada sulah atau hitam secukup rasa >>Baca Resepi Penuh Disini

Sunday, October 23, 2011

RESEPI KAMBING KUZI

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Hidangan Kuzi kerap disediakan semasa majlis kenduri kendara. Mari kita memasak resepi Daging Kambing KUZI.

Bahan-bahan:
2 kg daging kambing
4 biji bawang besar [dihiris]
1 cawan susu cair
2 camca sedang kerisik
1 cawan minyak masak
100 gm badam goreng >>RESEPI PENUH KAMBING MASAK KUZI

RESEPI DAGING KAMBING BUNGKUS

Assalamu'alaikum Wrmbth,

DAGING KAMBING BUNGKUS
Sumber: Majalah Wanita Oktober 1998

Bahan-Bahan:
250 gm daging kambing batang pinang
100 gm tepung gandum
50 gm majerin
20 ml air suam 100 gm sos perang >>RESEPI PENUH DAGING KAMBING BUNGKUS

RESEPI STIK KAMBING LADA HITAM

Assalamualaikum wrmbth,

Masa untuk hidangan barat untuk daging kambing. Disini saya sertakan resepi untuk rujukan anda



STIK LADA HITAM
Bahan-bahan ( 1 orang )
1 keping daging kambing
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Serbuk lada hitam
3 s/b sos cili >>RESEPI PENUH STIK DAGING KAMBING LADA HITAM

RESEPI KAMBING SOS ROSEMARY

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Mari cuba sedikit kelainan kali ini dengan memasak hidangan resepi kambing sos berempah rosemary


RESEPI KAMBING SOS ROSEMARY

BAHAN-BAHAN:
500 gm daging kambing
10 gm daun rosemary
Sedikit garam dan gula >>RESEPI PENUH KAMBING SOS ROSEMARY


KOFTA DAGING KAMBING IZMIR

Assalamualaikum wrmbth,

KOFTA ialah bebola daging (biasanya daging lembu atau kambing) dicampur bersama rempah ratus dan bawang. Mari kita cuba resepi kofta kambing

KOFTA DAGING KAMBING IZMIR

(Izmir Koftesi)

Bahan-bahan

* 4 keping roti putih - direndam sebentar dengan sedikit air panas dan diramas halus
* 1 kg daging kambing cincang
* 1 biji bawang besar - dicincang halus
* 4 ulas bawang putih - dicincang halus >>KOFTA PENUH DAGING KAMBING IZMIR

Resepi Rusuk Kambing Panggang

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Daging dicelahan tulang adalah yang paling enak dimakan kerana ia lebih manis. Maka Rusuk Kambing mempunyai daging yang enak dan lazat. Disini disertakan resepi rusuk kambing panggang


Resepi Rusuk Kambing Panggang


Bahan – bahan

* 250 gm rusuk kambing muda
* 1 batang karot
* 3 kuntum bunga kobis >>RESEPI PENUH RUSUK KAMBING PANGGANG

RESEPI SUP TULANG KAMBING

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Siapa tidak suka sup tulang kambing? Rahsia keenakan sesebuah sup turut disumbangkan oleh tulang kambing. Berikut adalah resepinya

SUP TULANG KAMBING

Bahan-bahan
2cm lengkuas
1 kg tulang kambing ( bhgn rusuk )
2 ulas bawang putih >>RESEPI PENUH SUP TULANG KAMBING 

Resepi Kari Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Resepi Kari Kambing yang sememangnya digemari raksyat malaysia. Rasa dan Aroma daging kambing memikat selera tetamu.

Disini saya sertakan resepi Kari Kambing Kashmir.

Resepi Kari Kambing Kashmir (Resepi Nehari)

Bahan-bahan :
1 kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus >>Resepi Penuh Disini

SEDEKAH JARIAH KE RUMAH ANAK YATIM

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP